Dalam dua, tiga hari ni,saya dah start google apa pantang- pantang yang perlu saya buat untuk pastikan yang segala - galanya akan pulih sebetulnya. Takut jugak bila ramai yang mengatakan, orang yang ' miscarriage' ni lagi teruk berpantang compared to orang bersalin. :( Dahlaa esok, nak D& C tu pun saya takut. Harap2 dapatlaa D&C tu buat esok. Tanak dah rasanyer tunggu lama - lama lagi. Dah cakap ngan hubby tersayang, kalau lambat sangat buat D& C tuh, saya rasa nak buat je kat Azzahra/Annur (private hospital kat Bangi ni). Mahal jugaklaa.. RM1000+ tapi rasa nak tutup je sebelah mata. Sebelah lagi nak guner nak kira duit yang lebey. Jadi, esok pagi, kami akan ke Hospital Serdang (dengan FIL and MIL saya :) ). Kalau next appointment lambat sangat, mungkin saya akan call private hospital untuk terus buat procedure ini kat situ je.
Doakan semoga segala - galanya berjalan lancar.Ameen...
Tapi, sebagai persiapan sebab esok nak D& C, malam ni Encik Botak kasi green light order Pizza Hut. Sebab esok dah nak kener start pantang.... :). Baik tak husband saya??
So, ini lah summary hasil google saya untuk
1. Makanan waktu pantang. Ini saya dapat dr sini dan sini
Makanan yang boleh:
- Buah - buahan: Apple merah (bukan yang masam,) Oren Manis,( Limau manis),Kurma , Buah Zaitun, Buah Tin (Fig), Delima , Pir, Lai, Pic, Aprikot, Strawberi, Anggur (jangan berlebihan boleh menyebabkan batuk)
- Minuman: Jus Epal, Blackcurrant ( Ribena ) buah Peach & sirap. Minuman berkhasiat iaitu Susu, Susu Kacang Soya, Horlicks, Milo & Air Akar Herbanika
- Perasa: Gula Merah, Gula Perang, Raw Sugar dan Madu Lebah
- Sayur - Sayuran: Ulam Pegaga, Lemuni , Daun dan Bunga kunyit , Brokoli, Daun pudina , Daun kari, Lobak Merah, Tomato, Asparagus ,Salad, Capsicum, Cili Merah, Bebawang ( merah , putih ,besar) dan Ubi Kentang.
- Nasi/Pasta : Nasi panas sederhana lembut, Bubur Nasi, Spagetti, Pasta dan Makaroni
- Ikan: Ikan Merah, Tenggiri, Haruan, Jenahak, Selar Kuning, Kerisi, Kurau, Kerapu, Siakap, Kod, Bawal Putih dan Senangin
- Makanan Bijirin: Gandum, Oats, Cornflakes Bran, Muesli, Kismi Kuning dan Hitam, Kekacang Soya (Tauhu, Tempe dan Tofu) Kekacang Badan, Walnut, Gajus , Bijan, Roti putih, Roti wholemeal
- Makanan Luar: Roti Canai, Tosei, Roti Puri dan Kari
Nanti saya akan sambung pula edisi ke 2 entry ni.
Petite,sorry to hear that.........sabar byk2 tau...takecare..pantang btul2 yer...
ReplyDelete