Sunday, June 5, 2011

Visit to hospital

Esok, pagi - pagi saya akan pergi ker Hospital Serdang. Kalau siapa yang baca post saya di sini pasti akan tahu yang saya sebenarnya miscarriage. Selepas beberapa minggu saya dan encik botak ke hulu ke hilir dalam area Bangi ni, buat scan situ sini, akhirnya kami redha dengan ketentuan - Nya. Berat juga rasa di hati bila memikirkan tentang baby yang kami tunggu - tunggu tapi setiap kejadian ini, ada hikmahnya. Hanya Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Dalam dua, tiga hari ni,saya dah start google apa pantang- pantang yang perlu saya buat untuk pastikan yang segala - galanya akan pulih sebetulnya. Takut jugak bila ramai yang mengatakan, orang yang ' miscarriage' ni lagi teruk berpantang compared to orang bersalin. :( Dahlaa esok, nak D& C tu pun saya takut. Harap2 dapatlaa D&C tu buat esok. Tanak dah rasanyer tunggu lama - lama lagi. Dah cakap ngan hubby tersayang, kalau lambat sangat buat D& C tuh, saya rasa nak buat je kat Azzahra/Annur (private hospital kat Bangi ni). Mahal jugaklaa.. RM1000+ tapi rasa nak tutup je sebelah mata. Sebelah lagi nak guner nak kira duit yang lebey. Jadi, esok  pagi, kami akan ke Hospital Serdang (dengan FIL and MIL saya :) ). Kalau next appointment lambat sangat, mungkin saya akan call private hospital untuk terus buat procedure ini kat situ je.
Doakan semoga segala - galanya berjalan lancar.Ameen...

Tapi, sebagai persiapan sebab esok nak D& C, malam ni Encik Botak kasi green light order Pizza Hut. Sebab esok dah nak kener start pantang.... :). Baik tak husband saya??

So, ini lah summary hasil google saya untuk
1. Makanan waktu pantang. Ini saya dapat dr sini dan sini

Makanan yang boleh:
  • Buah - buahan: Apple merah (bukan yang masam,) Oren Manis,( Limau manis),Kurma , Buah Zaitun, Buah Tin (Fig), Delima , Pir, Lai, Pic, Aprikot, Strawberi, Anggur (jangan berlebihan boleh menyebabkan batuk)
  • Minuman: Jus Epal, Blackcurrant  ( Ribena ) buah Peach & sirap. Minuman berkhasiat iaitu Susu, Susu Kacang Soya, Horlicks, Milo & Air Akar Herbanika
  • Perasa: Gula Merah, Gula Perang, Raw Sugar dan Madu Lebah
  • Sayur - Sayuran: Ulam Pegaga, Lemuni , Daun dan Bunga kunyit , Brokoli, Daun pudina ,  Daun kari, Lobak Merah, Tomato, Asparagus ,Salad, Capsicum, Cili Merah, Bebawang ( merah , putih ,besar) dan Ubi Kentang.
  • Nasi/Pasta : Nasi panas sederhana lembut, Bubur Nasi, Spagetti, Pasta dan Makaroni
  • Ikan: Ikan Merah, Tenggiri, Haruan, Jenahak, Selar Kuning, Kerisi, Kurau, Kerapu, Siakap, Kod, Bawal Putih dan Senangin
  • Makanan Bijirin: Gandum, Oats, Cornflakes Bran, Muesli, Kismi Kuning dan Hitam, Kekacang Soya (Tauhu, Tempe dan Tofu) Kekacang Badan, Walnut, Gajus , Bijan, Roti putih, Roti wholemeal
  • Makanan Luar: Roti Canai, Tosei, Roti Puri dan Kari 

Nanti saya akan sambung pula edisi ke 2 entry ni.

1 comment:

  1. Petite,sorry to hear that.........sabar byk2 tau...takecare..pantang btul2 yer...

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers